WELCOME

Persahabatan Kita

Daisypath Friendship tickers

Followers

Saturday, December 15, 2012

MR.ZAUJ

Selamat Pagi semua.. :) setelah sekian lama ari ni berpeluang tok mencoret dekat sini.. dl kan kalau tmer belajar, soalan cepuGANGSA yang orang tnyer "bler nak hbs belajar?"....

TAPI bler dah HBS BELAJAR, agak2 korang apa SOALAN cepuGANGSA yang ak dapat?? hahahah.. teka cepat..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


soalan MEREKA2 itu yg amat kerap sekarang ni kan wat ak pening.. macam teruk je.. hahah


soalan mereka2 itu, "Bila nak kawin?"

nampak macam dah wajib kawin ke lepas habis belajar.. heheh

then ap g ak pon meringankan mulut jawab "hehhe.. nk keje dulu.."

mereka blas balik "keje2 gak, dah ada blom ni?"

ak: "gulp..." 

Kawan2.. doakan ak yer..

misi mencari MR.ZAUJ bakal dimulakan.. heheh.. :)

Wednesday, December 5, 2012

Vitamin Shaklee

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Senarai pelbagai jenis suplemen SHAKLEE yang telah atau boleh disyorkan mengikut kesihatan masing-masing. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya.
 

Anti-Aging Vivix

Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,Vitamin C

Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster NutriFeron

Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Monday, December 3, 2012

DiEt berDasarkan Jenis Darah




Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.

Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

#credit to I Luv Islam.com  

Sunday, December 2, 2012

AsSalam.. lamanyer xupdate.. bz yg amat2.. heheh.. ari ni nk post psl PROMO SHAKLEE utk BLN ni.. (DISEMBER)..

BUY 6 FREE 1.. (bley share2 ngan kawan2)

pm admin: 0176862604 utk sbrg pertanyaan.. :)

Credit to: Sue Suri Mohd Selepas saya minum 3 kotak Collagen Powder Shaklee . Kesan nya kpd RAMBUT - Before this stp kalli cuci rambut.. rasanya hampir segenggam rambut sy gugur..termasuklah di lantai bathroom .. di tmpt tidur apalagi jika semasa sisir rambut.. En hubby la yg tlg bersihkan.. Tapi slps 2 bln sy consume collagen..alhamdulillah kesan positif... sy sdiri pun x perasan mula2 , slps En hubby tegur..
"napa dah x banyak rambut mommy gugur skrg?".. yr la.. baru ku tahu..ketara smsa cuci rambut dah xde yg gugur lagi..kalo ada pun dlm 2-4 helai jer.. rambut juga semakin lebat dan hitam ... dan plg best dulu ada juga nampak tumbuh sehelai dua uban yg nk tumbuh... skrg xde dah..:)

Dan satu lagi kesan sy nk share.. power mata rabun jauh sy pun berkurangan.. dulu 200 kiri kanan skrg turun 150 .. biasa kalo mlm sy drive mesti pakai cermin mata.. skrg.. xperlu lagii..:)
TESTIMONI 2: 
Credit to: Farha Damia

Sharing:
Duk tgk org try amik collagen ni..teringin rasa.dh try br tau..mmg superb laa..br 5hr minum dh nmpk beza.skrg duk rasa kulit muka menegang jer..kulit mmg xde jerawat..tp ada kesan2 jerawat lama.dh nmpk semakin pudar.seronok sgt.







Wednesday, November 14, 2012

MAAL HIJRAH 1434H


Salam Maalhijrah..

esok ye..

1 Muharam 1434H..

 moga keimanan kita dapat ditingkatkan.. :)

Jom sama-sama hari kita kita membaca doa awal tahun dan akhir tahun ! ^_^
Penjelasan hukum :

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama

kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua.

Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama.
Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini.

Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Wasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin

Sumber :

1. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html

2. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html

Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)



Saturday, November 3, 2012

Alfalfa - Shaklee-



Promo Sepanjang November 2012...



Bersempena dengan Promo Alfalfa Complex sepanjang November ini, jom kita bincangkan khasiat, kebaikan dan fungsi Alfalfa secara umum...

Apakah itu Alfalfa?

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Pengamal perubatan herba (herbalists) selalunya akan mengesyorkanAlfalfa untuk pesakit yang kurang nutrisi (malnutrition), lemah (debility) dan sakit berpanjangan (prolonged illness).

Apakah kebaikan Alfalfa?

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis• Asthma• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu .

Siapakah yang TIDAK BOLEH ambil Alfalfa?

(1) Individu yang ada SLE - strictly NO!

(2) Ibu menyusu yang bayinya ada G6PD - yg ini 50-50. Ada yg kata Ok jer baby. Tapi, as a precaution, btter advise ibu ambil milk booster lain i.e OsteMatrix dan ESP.



Jom kter LIHAT TESTIMONI PENGGUNA..

TESTIMONI 1:

* credit to: Fauzi Lizar 

Testimoni : Saya memang mempunyai masalah keputihan semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. Akibat daripada tak alert tentang kebersihan bahagian tu. Zaman sekolah belum pandai nak pakai pantyliner ke hape. Bila meningkat dewasa, saya perhatikan keputihan saya makin teruk tapi tak berani nak pegi klinik. Segan. Dengar2 doktor akan masukkan ubat dalam kita punya tu. Lagilah takut. Terbiarlah sampailah saya berkahwin dan hamil anak sulung. Semasa hamil, keputihan saya agak teruk jugak. Berbau dan berketul2. Malu dengan suami. Mujur suami jenis yang memahami. Suami suruh saya pegi check. Doktor bagi saya ubat yang masuk kat dalam kita punya tu. Malangnya tak lama lepas tu keputihan saya datang balik. Sedih. Giveup. Lepas tu langsung saya tak makan/pakai apa-apa produk pun sampailah saya mencuba set B yang ada mengandungi alfalfa. Saya dimaklumkan alfalfa boleh mengurangkan keputihan. Alhamdulillah setelah saya mencuba set trial yang untuk sebulan tu, keputihan saya dah x ade! Serius!!! Selalunya kalau saya pakai pantyliner daripada pagi, tengahari mesti dah penuh kesan keputihan tu tapi kali ni daripada pagi sampai petang, pantyliner saya bersih! Ya Allah rasa macam tak percaya. Saya tunjuk dengan suami, suami tersenyum je. Kalau dulu nak tidur pun saya terpaksa pakai pantyliner, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah... Tak sia-sia saya mencuba. Saya tak malu nak berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Dulu ader.. sekarang tidak lagi....Hehe.Terima kasih Shaklee.:-)



TESTIMONI 2:


* Credit to : Zila Yunus

Assalamualaikum...percaya atau tak...adik lelaki saya diet hanya dengan makan lecithin SHAKLEE + Alfafa SHAKLEE setiap hari...percaya atau tak....setiap sebulan berat dia turun 2 kg....percaya atau tak...kene cuba sendiri baru tau... :D




Thursday, November 1, 2012

Monday, October 29, 2012

eXam


EXAM..

Esok la wey!! adoi.. ap g yg ak wat dok dpn laptop ni..


bler nak exam je.. laptop ni SELALU je MENGGODA tok dibuka..

padahal BUKU tu baca trus tdo.. adoii..

apa nak JWB dalam EXAM t..

hehehe.. 5 minit 2x.. tu je yg slalu DIRI ni bg alasan.. padahal 5 minit dah BERLALU dan
aku masih kat situ.. hahahahha




Saturday, October 27, 2012

Jodoh

Doa Pendekat Jodoh... :)


Boleh dibaca dengan surah AL-FATIHAH. Bacalah selepas solat ye, kawan-kawan.. :)






p/s: kita hanya mampu MERANCANG.. ALLAH jua yang menentukannya.. RESTU ibu dan bapa perlu juga yer.. :)

Sunday, October 14, 2012

GLA


GLA atau biasanya lebih dikenali sebagai EPO memang sangat baik untuk kesihatan

wanita. Namun GLA Shaklee adalah yang TERBAIK kerana ia turut dilengkapi dengan

vitamin E semulajadi dan minyak bunga matahari yang banyak khasiatnya.
 


Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis. GLA Complex Shaklee dibuat daripada Borage oil yang mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.


Jadi untuk sapa2 yg nak kulit cantik tu mmg sesuai sangat la GLA ni..ia repair skin texture....betulkan hormon, kecutkan cyst.. dan byk lagi..

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?



♥ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
♥ Membantu meningkatkan kesuburan
♥ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
♥ Membantu dalam menangani menopus
♥ Menguatkan kuku dan rambut
♥ Membantu Masalah Jeragat

♥ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

♥ Membantu menangai ekzema
♥ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
♥ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
♥ Menguatkan imuniti tubuh
♥ Memperlahankan proses penuaan
♥ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
♥ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
♥ Mengawal kolesterol
♥ Untuk fungsi saraf

Kali ni saya nak share pengalaman Dilla yg disahkan ada cyst after postnatal check up.. mari kita baca kisah Dilla...dipetik dari blognya

Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...



                                     


Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi5.03 cm.



Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pada 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut. Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...


Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?

1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex:GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. 

2) Memakai Pad Herba Avail. 

3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....

_____________________________________________________________
Anda nak cuba GLA ni? GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.



p/s: Kita hanya mampu mrancang, hanya Allah s.w.t yang mampu mengubatinya.. Berdoalah..

Saturday, October 13, 2012

Cara Bancuh ESP

AsSalam.. semalam dah bagitahu psl ESP kn?? ari ni nk bgtau cr nk bancuh dia pula.. 


ESP antara BEST SELLER Shaklee..kenapa? Hanya yang dah cuba dan dah try je tahu apa yang saya maksudkan disini..memang akan jatuh chentaaaaaa...ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein sangatlah diminati di kalangan customer-customer produk Shaklee ni.. 

Macammna nak bancuh ESP ni..nak mixed dengan ape..air suam boleh ke idak..macam-macam resepi boleh cuba, ikut tekak masing-masing..

Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. 

  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)


..anda bagaimana?

ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:
1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik



Testimoni Pengguna Produk Shaklee

 *credit to Laila Ismail

Nak share pengalaman saya berdiet dengan SHAKLEE. Boleh contact distributor anda utk dapatkan supplement2 yang sesuai ye.
Di samping tu saya juga amalkan diet mengikut jenis darah.

***********************************************
Tips :-
(WARNING : Kalau anda baca list di bawah ni, semuanya adalah benda biasa2 aje, tapi kalau anda amalkan, InshaAllah anda pun boleh kurangkan berat badan anda. Kalau tak turun banyak, sikit pun jadiiilah)

1. Kurangkan pengambilan makanan berat utk dinner.
2. Wajib ambil sarapan.
3. Ambil sayuran/buah2an dalam kuantiti yang banyak.
4. Banyakkan minum air.
5. Senaman at least 3-4kali seminggu. (Saya tak konsisten yang ni, 2 bulan pertama langsung takde senaman, tp still boleh turun berat dengan 2kg sebulan)
6.Kurangkan FAST FOOD. Kalau boleh jangan langsung!
7. Kurangkan makan di luar sbb kita tak tahu penggunaan minyak dan bahan2nya macammana. Seelok2nya masak sendiri ye.
8. Kurangkan pengambilan gula. (Saya langsung tak ambil gula untuk minuman, milo tanpa gula, teh-energy tea mix, kuih tradisional atau kek saya kurangkan, kalau masak pun saya hanya letakkan sedikitttttttttttttttt sahaja gula)
9. Makanan yang saya elakkan :-
-ROTI CANAI
-APA2 YANG BERSANTAN
-NASI LEMAK
-TEH TARIK @ APA2 MINUMAN YG MENGGUNAKAN SUSU PEKAT MANIS, SAYA TUKAR DENGAN FRESH MILK

Selamat mencuba!!!


Friday, October 12, 2012

Shaklee

Id- 889639
sebarang pertanyaan dan consultation bley la tinggalkan komen di bawah atau hubungi saya terus : 0176862604..


Sekarang, Shaklee tgh wat promotion sempena BULAN OKTOBER ni.. jom terjah..


TADA!!! ESP.. Apatu???
    

ESP @ Energizing Soy Protein :

Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.Pengambilan protein yang berkualiti sangat penting. Sebab itu ramai yang mencuba Shaklee ESP kerana mengandungi 7 ciri di bawah :
(1)   Ditanam secara organic
(2)   Tidak menjalani proses genetik (non-GMO:non-Genetically Modified Organism)
(3)   Mengandungi 9 asid amino penting
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
(5)   Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6)   Diproses tanpa dipanaskan
(7) Ditambah dengan kalsium (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)


Mungkin ramai yang tak tahu, yang 25% daripada BADAN diperbuat daripada PROTEIN… Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot adalah berasal daripada protein…Percaya atau tidak, itulah kenyataannya…

Saya ringkaskan macam ni….Struktur dalam badan manusia dibina daripada susunan di bawah…


                        SEL ------> TISU --------> ORGAN ---------> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL…Kemudian sel-sel akan membentuk tisu-tisu, seterusnya tisu-tisu akan membentuk organ dan organ-organ akan membentuk sistem…

Dan….Disebabkan itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN…Nak tahu kenapa?? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama sel…SEL yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat…..Sebab tu setiap hari, anda makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan??Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi….

TAPI…TAHUKAH ANDA yang PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU yang TINGGI…Contohnya anda goreng ikan…Berapa banyak PROTEIN yang tinggal??Anda tak tahu kan??

JADI…..Apa kata anda ambil ESP sumber PROTEIN yang lebih berkualiti….Dan semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat….Dan yang paling penting, ESP Sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM…

RAMAI YANG DAH RASA KEBAIKAN DAN BETAPA BESTNYA ESP SELEPAS AMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3-4 MINGGU ….Depa kata kulit makin licin la, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur….susu makin banyak…dan macam-macam lagi…

ANDA TAK NAK CUBA KE??DAH CUBA BARU JATUH CINTA!! PASTI ANDA PUAS HATI!! Pasti BERBALOI-BALOI untuk bulan ni...Sebab bulan ni ada PROMO baik punya untuk ESP...

*credit Cikgu Chrysalis Nurul


APA yg BEST tentang ESP ?

♥ ♥ ♥ Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu

 hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan 

badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan 
menganjalkan 

kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam 

pegurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, 

mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.


♥ Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam

 lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan 

kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang 

sempurna.


♥ ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

♥ Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan Tanpa laktosa di 

mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. 

♥ Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, 

♥ Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga Dan sgt SEDAP..

[BEAUTY TIPS]
Untuk mendapatkan kesan yang OPTIMUM dalam pengambilan vitamin, amalkan bersama pengambilan 3 sudu protein ESP setiap hari!





MIZZ NINA pon guna SHAKLEE ni.. :)


Apa Kata Pengguna ESP ni..

*credit to  Yati Napi ♥)



Jom, pakat ramai2 rebut promosi ini!!

Beli 6 percuma 1 

Harga Asal : RM 150/canister

Harga Promosi : RM 121/canister

(if kongsi beli seramai 7org: RM104/canister)




Jom Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...