WELCOME

Persahabatan Kita

Daisypath Friendship tickers

Followers

Showing posts with label pengisian hati. Show all posts
Showing posts with label pengisian hati. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

kebenaran.. :)



*muhasabah diri*

-kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak- 



Firman Allah S.W.T
"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan."
(al-Hujuraat:6)

Wednesday, November 14, 2012

MAAL HIJRAH 1434H


Salam Maalhijrah..

esok ye..

1 Muharam 1434H..

 moga keimanan kita dapat ditingkatkan.. :)

Jom sama-sama hari kita kita membaca doa awal tahun dan akhir tahun ! ^_^
Penjelasan hukum :

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama

kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua.

Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama.
Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini.

Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Wasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin

Sumber :

1. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html

2. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html

Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)



Thursday, November 1, 2012

Saturday, October 27, 2012

Jodoh

Doa Pendekat Jodoh... :)


Boleh dibaca dengan surah AL-FATIHAH. Bacalah selepas solat ye, kawan-kawan.. :)






p/s: kita hanya mampu MERANCANG.. ALLAH jua yang menentukannya.. RESTU ibu dan bapa perlu juga yer.. :)

Saturday, October 6, 2012

Dugaan..

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:


“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?


 Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


 Allah merindui rintihan dari kta, maka Dia menguji kita..
 
    

Friday, July 20, 2012

Hadirnya Dinanti..

AsSalam.. setelah sekian lama xupdate blog ni.. akhirnya.. Selamat Berpuasa Semua.. moga ramadhan kali ini membawa makna keberkatan dan segala amalan kita akan diterima..

kat sini nak share jadual sempena bulan puasa ni.. bley la digunakan untuk wat checklist.. :)

checklist sempena bulan ramadhan n puasa sunat (6hari dlm bulan syawal)


Antara Fadhilat Dan Kelebihan-Kelebihan Solat Terawih ialah :
1. Kelebihan Solat Terawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Terawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Terawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Terawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Terawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Terawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Terawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Terawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Wednesday, July 4, 2012

menanti kehadirannya.. :)

~* Tersebut di dalam Kitab Iqna' :
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.
Maka datanglah Jibril kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata :
Ya Muhammad ! Gembiralah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala ummat mu orang yang tiada mempersekutukan Nya dengan sesuatu.
Angkatlah kepala mu lalu Baginda Rasulullah s.a.w.pun mengangkat kepala nya.

Tiba-tiba terbuka segala pintu langit :

1. Pada pintu langit yang pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku' pada malam ini .
2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berdoa pada malam ini.
4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah SWT.
6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta maka di kurniakan permintaan nya itu.
8. Pada pintu langit yang kelapan Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang memohon keampunan maka di ampunkan bagi nya.
Baginda Rasulullah s.a.w. bertanya Jibril :
Sampai bilakah terbuka nya semua pintu ini ( di terima doa) ?
Jawab Jibril : Sehingga naik fajar subuh.
Jibril berkata lagi : Pada malam ini di merdekakan hamba Nya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.
( Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing) ~*

Monday, May 21, 2012

Rejab Datang Lagi..


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas sampai ke bulan rejab ni.. insyaAllah..
bulan rejab tahun ni jatuh pada tanggal 22 Mei 2012 (selasa)..

jom kte tgk kelebihan bulan rejab ni..

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.” 

sumber :  http://dakwah.org/blog/?p=256

p/s : jom tambahkan amalan kita semua untuk bekalan di akhirat kelak... :)


doa awal bulan rejab..
sekadar renungan bersama.. :)

Monday, April 16, 2012

Segala Rahsia Hati..

AsSalam... sihat sumer? baru ada kesempatan nak menjengah dan mengupdatekan blog ni.. dah bersawang dah.. huhuhu.. Segalanya sebab PRAKTIKUM.. actually seronok sgt SBB ni PRAKTIKUM yang terakhir sebelum masuk internship.. TAPI kesibukan di tahun akhir ini akan terus-terusan melanda sampailah tesis @ kajian tindakan berjaya dibentangkan! (bler lah nk hbskan)

tgk tajuk entry ni ~ Segala Rahsia Hati~ kot.. agak2 nak cerita pasal ap yer?? meh follow saya..


*************

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Siapa kat sini yang seringkali gembira?? xpernah bersedih?? sila angkat kaki.. hehehheh.. Rasanya sumer pon pernah rasa sedih kan?? pelik kot kalau xpernah.. melainkan kamu memang tiada perasaan.. huhuhuhu.. :)

nak tau cara merawat hati yang luka?? meh klik sini.. (sila klik, jangan malu2..)

Seringkali kita berasa marah apabila apa yang diinginkan tidak dipenuhi ataupun apa yang telah ditetapkan diubah sesuka hati tanpa ada sebarang perbincangan.. KECEWA dan MARAH bukan?? tapi sebenarnya kadangkala apa yang berlaku itu ada kebaikannya yang tersendiri.. tanpa sedar kita sahaja yang cuba menafikannya.. Analoginya senang saja.. Cuba bayangkan kita seringkali pergi ke sekolah menaiki kereta tapi suatu hari kita terpaksa menaiki bas kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.. kita akan mengeluh kepenatan NAMUN tanpa kita sedar kita mula belajar cara berdikari, kita mula memahami apa yang orang lain pernah rasa..

*Remember, you never know how it feels until it happens to you*

so belajarlah menerima walau sesukar manapun masalah yang dihadapi itu..

Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk perbuatan yang mulia.” (Surah asy-Syura, ayat 43)..

Kat sisni saya titipkan Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang


Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)

Sunday, March 18, 2012

Menghitung Hari..

AsSalam.. shat sumer?? post ari ni sj2 jew nk bgtau yg sy sdg menghitung hari minggu utk meghabiskan praktikum ni.. Yes!! ad g 6 minggu tp minggu ni yg berkuatkuasa ESOK akn blik skul kol 7.30 malam.. oh! sungguh sadis.. tgk2.. berkorban g utk praktikum ni.. SEBULAN ok blik dkt kol 7.30.. xper2.. jap je g 2 (ayat nk sdpkan hati.. heheheh)

bler tinggal je g 6 minggu, maknanya ad 3 7 observe.. 7 observe g!! hahahah.. byknyer.. smpt ker nk wat abm ni kalo blik dkt 7.30.. Ya Allah.. permudahkanlah.. :)

dugaan 2.. best jgk jd insan terpilih ini tau sbb kita dpt jg seorang yang lebih tabah dr sblm ni.. lagi matang ok!

Allah telah menjadikan musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)

"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah." (HR. Bukhari)


***

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Thursday, February 2, 2012

Ujian Yang Terhebat..

AsSalam.. lama dah xngarut2 kat blog ni.. (dh jd mcm blog ak sendri plak).. hahahah :) shtkah kalian di kala ini?? :) sementara dok tunggu isyak ni marilah kita sm2 berkongsi ilmu yg ada di dada 2..

nk tnyer.. pernahkah kalian mengahadapi 1 ujian yg rsnya tidak termampu untuk dipikul?? adakah kita selalu bertanya kenapa Allah memberi ujian ini dan itu kepada kita? Kenapa aku terpaksa menerima ujian ini? Pernahkah??


Sedarlah bahawa..FIRMAN Allah SWT: Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan manusia mengikut kemampuannya dalam apa jua sekalipun, cuma kita sebagai manusia yang perlu pandai dalam mengatasi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan. Dia Allah ingin menguji setakat mana kebergantungan kita kepadaNya. Adakah dengan ujian itu kita mendekatkan diri kepada Allah atau kita semakin jauh dariNya. Subhanallah. Kuatkanlah diri kita untuk mendekatkan diri kepadaNya apabila dalam keadaan senang atau susah, keadaan bahagia atau menderita. Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza.

Bersabarlah wahai teman.. walau seberat manapun dugaan.. ingatlah bahawa Allah sedang menguji kita.. Dia merindui kita..


Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

p/s: Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan. Jika kita serahkan seluruh jiwa raga kita kepadaNya sebagai hamba di muka bumi ini. Kita tidak akan mengeluh sedikit pun apa yang berlaku kepada kita.

Saturday, November 26, 2011

Muharram


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

# Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
# Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
# Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam
bulan.
# Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
# Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
# Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
# Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
# Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
# Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40
malam.
# Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
# Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
# Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Sempena berakhirnya tahun 1432H ni, mari sama2 kita baca doa akhir tahun.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”





ni pula doa awal tahun, 1433H.. Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk bernafas..

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

# Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama
berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam,
iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama
2 tahun.
# Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
# Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
# Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha..



Pengenalan Ibadah Korban
"Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Taala"
(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu al-Masail, Jus 1 : 259).

Syariat Korban
Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah".
(Surah Al-Kauthar : Ayat 2)

Sesungguhnya Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut :

"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah Azawajalla sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripadaNya. Demikian juga ibadah korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah Taala semata-mata, tidak untuk berhala, sebagai tanda kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah SWT kepadamu yang tidak terhingga banyaknya".



Nabi SAW juga telah bersabda yang bermaksud :
"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT daripada Bani Adam AS ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah SWT sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya".
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Hikmah Berkorban
Keistimewaan orang yang berkorban (menunaikan ibadah korban) banyak sekali, Saidina Ali Bin Abi Talib RA telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titisan darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah SWT 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Rabul Jalil sampai hari kiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan
kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Tuesday, October 25, 2011

Seindah Pelangi.. :)

As Salam.. di pagi hari yg indah lagi permai ni, sempena pintu kelapangan msh terbuka maka blog ni pon dijengah.. memikirkan ap yang perlu ditulis di sini.. hehehe.. tajuk 2 dah menggambarkan keceriaan kn?? ye la,tengah dok godek2(menggeledah)laptop ni terjumpa la plak pengisian ni.. mari kita baca sama2.. :)





SURAH AL KHAUSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

p/s: Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi. :)



jumpa lagi dalam post yang akan datang.. nk pikir dl nk cter ap ye.. bye2.. assalamualaikum.. :)

Saturday, October 15, 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

Info ni saya ambil dari http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



cute kan???

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.

(Maksud Al-Hadith )




Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan pertama : Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)
2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

1. menakutkan anak-anak dengan sekolah
2. menakutkan dengan tempat gelap
3. menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
4. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

1. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
2. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif

1. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
2. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual).

Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, ia itu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak Sebagai ibu bapak kitalah yang akan disoal diakhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Karena itu, bersikap baik dan sabarlah dalam mendidik, karna hasil didikan itu harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak

Monday, October 10, 2011

Mari MenghayaTinya.. :)

aSsalam.. selamat pagi semua.. pagi2 ni elok rasanya kalau kita mulakan dengan sedikit pengisian hati kan??

Mood pagi2 ni mst senyum lebar2 ok, walau sesakit manapun hati ini pagi ini, esok or lusa.. :)

Pengisian apakah di pagi2 ni ye?? ok let's check.. :)




Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Wassalam~

Jom Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...