WELCOME

Persahabatan Kita

Daisypath Friendship tickers

Followers

Monday, June 25, 2012

Acai Berry

Acai Berry..

Pernahkah anda mendengar tentang buah Acai berry? Buah Acai berry berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia.

Buah berwarna purple gelap ini didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.

Antioksida membantu kita membuang toksin di dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit. Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.


Kajian mendapati khasiat buah Acai berry mempu diserap oleh badan manusia. Malah, satu kajian makmal menunjukkan antioksida di dalam Acai berry mampu memusnahkan sel-sel kanser. Walau kajian awal menunjukkan keputusan memberangdsangkan, saintis berpendapat masih banyak kajian perlu dijalankan terhadap buah Acai berry untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut khasiat yang ada padanya.


Acai berry adalah buah yang amat baik untuk kesihatan. Tetapi, ia banyak dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging. Walaupun Acai berry dapat membantu kedua-dua ini, ia adalah disebabkan Acai berry mampu menolong memperbaiki kesihatan badan. Ini tidak hairan kerana berat badan ideal dan kekal muda kedua-duanya adalah kesan badan yang sihat. 

klik sini untuk melihat kebenarannya.. news mengenai aci berry.. :) 

actually bkn nk promote tau.. heheheh

dalam JUS MONAVIE pon ada acai berry kan?? ada sape2 dah cuba guna produk yang berasaskan acai berry?? cuba komen sket.. :)

1 comment:

  1. Skali pndng mcm coklat yg bulat2 tuh,

    Nway, new info for me, thnx ^_^

    ReplyDelete

Jom Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...