WELCOME

Persahabatan Kita

Daisypath Friendship tickers

Followers

Wednesday, March 6, 2013

Set A

adakah anda CEPAT LETIH?? badan LESU dan tak berMAYA?? ketahuilah punca-punca dan cara mengatasinya.. 


1. Tidak cukup tidur
Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
 
4. Kurang darah merah (anemia)
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
 
5. Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

6. Penyakit hipotiroid

Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
 
7. Terlalu banyak kafein
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
 

8. Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang. 



bagi mengatasi masalah ini, anda digalakkan melakukan senaman dan mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat. Namun gaya hidup sekarang yang terlalu sibuk atau tidak melakukan senaman dan pengambilan makanan yang berkhasiat boleh mengganggu gugat kesihatan kita. 


Bagi mengatasi masalah ini, set A (set optimum) mampu mengatasi permasalahan ini.. Apakah itu set A??

SET A / SET OPTIMUM





Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin) - 120 biji
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  4. Penting bagi proses pertumbuhan
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  6. Melengkapkan nutrien yang kurang
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan
Vitamin C - 180 biji
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan
B Complex - 120 biji
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stress
  5. Mengelakkan sembelit
 
Siapakah yang boleh ambil set A ini?

Untuk mereka yang sering keletihan, kelesuan, mereka yang banyak makan di luar dan selalu mengadap fast food, untuk fokus, mereka yang sering jatuh sakit, ibu menyusu, ibu hamil boleh mengambilnya tanpa sebarang masalah.

Tips Makan Suplemen
  • ambil vitamin selepas waktu makan (breakfast/lunch/dinner/supper)
  • elakkan ambil suplemen dengan jus buah, kopi, air gas dan teh (ia akan mengurangkan effiency serapan ke tubuh badan)
  • banyakkan pengambilan air masak untuk memudahkan penyerapan sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • try and error cara makan. Jika tidak mahu makan ke semua pada waktu malam sebelum tidur anda boleh bahagi-bahagikan cara makan contohnya multivitamin (pagi), vitamin C (tengahari) dan B complex (malam)
  • jika anda sedang makan antibiotik/jamu, jarakkan masa makan suplemen kerana ia akan mengurangkan keberkesanan antibiotik itu jika anda mengambil zat besi dan kalsium
Jika selepas mengambil suplemen anda merasai pening, sakit kepala, mengantuk, mengalami ruam dan sebagainya ia adalah disebabkan oleh proses krisis pemulihan. Ia mungkin terjadi kerana anda tidak mengikut saranan yang diberikan iaitu kurang pengambilan air masak. Krisis pemulihan ini berlaku apabila suplemen bertindak memperbaiki sel-sel dalam tubuh badan kita agar menjadi lebih baik.

*boleh di ambil oleh ibu yang menyusu dan hamil.



No comments:

Post a Comment

Jom Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...