WELCOME

Persahabatan Kita

Daisypath Friendship tickers

Followers

Friday, October 21, 2011

Bingkisan Buat Teman.. :)



Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukanmu atas nama kebajikan,menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari...(^_^).

Ya Allah kata2 ini amat menyentuh jiwaku.. sesempurna itukah aku dalam sesebuah persahabatan?? InsyaAllah.. aku akan cuba menjadi yang terbaik. Adakalanya kita merasakan bahawa kita sudah memenuhi kriteria itu namun bukankah penilaian itu adalah berlainan berdasarkan individu yang menaksir?? Ikhlaskah kita jika seringkali mengungkit apa yang pernah kita lakukan?? Bukankah keikhlasan itu ibarat semut hitam di atas batu yang berwarna hitam di pekat malam?? Namun seringkali keikhlasan ini diuji.. mengapakah?? tanyalah iman.. :) ada sesuatu yang kadangkala kita masih terlupa.. :)

Bingkasan ini ditujukan buat insan yang bergelar teman mahupun sahabat..


Teman..
hadirmu memberikan aku seribu satu kenangan..
seindah pelangi petang saat hujan mula menghilang..
biarpun adakalanya hujan lebat tetap tegar menjengah..

Namun teman..
maafkan aku kiranya sering mencipta jurang..
maafkan aku sekiranya selalu menongkah arus..
maafkan aku andai sering terkasar dalam pertuturan..

Namun teman..
hulurkanlah tanganmu saat aku terjatuh..
bimbinglah aku saat aku tenggelam..
pimpinlah tanganku aku saat aku tersesat..
jangan biarkan aku sendirian..
aku takut teman..
sedarkanlah aku dari mimpi ngeri itu..

Duhai teman..
terima kasih atas segala-galanya..
kamu mengajar aku erti sebuah kehidupan..
saat meniti kehidupan yang penuh ranjau..
moga hubungan yang terbina atas dasar keikhlasan dan pertautan hati ini..
kekal abadi hingga ke hujung nyawaku..

Ya Allah..
Kau berkatilah hubungan persahabatan ini..
janganlah Kau pesongkan hati2 kami ini Ya Allah..
jangan Kau biarkan perasaan hasad dengki tumbuh dalam hati2 kami ini, Ya Allah..
Tetapkanlah iman kami Ya Allah..
Berikanlah cahaya dan petunjuk kepada kami, Ya Allah..
Sedarkanlah kami andainya kami terleka dengan nikmat duniawi..
Sesungguhnya kami ini insan yang lemah..
Amin.. amin.. Ya Rabbalalamin..

No comments:

Post a Comment

Jom Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...