WELCOME

Persahabatan Kita

Daisypath Friendship tickers

Followers

Sunday, October 9, 2011

SemBelit???

Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sebelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (simptom). Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.


Sebab-sebab berlakunya sembelit:
* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
* Kurang minum air.
* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.
* Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung-hormon
progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin
yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.
* Penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis,
hypothyroidism).
* Ubat-ubatan seperti ubat narkotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-
histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium.
* Makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement).
* Irritable bowel syndrome/spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini jugak
mengalami cirit birit)
* Penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat
ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)
* Penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam
dan sakit perut (bahagian bawah).

Sumber dari majalah Mingguan Wanita Bil: 1089

Tahukah anda, sisa makanan yang tidak dibuang dari badan dalam masa 12 - 18 jam akan menyebabkan terbentuknya koprostasis, sejenis bahan berminyak berwarna hitam dan melekat di dinding usus. Dengan minum Green Fit, di samping menyelesaikan masalah sembelit, koprostasis yang melekat degil pada dinding usus juga akan turut dibuang semasa membuang air besar.Green Fit rasanya sedap dan tidak menyebabkan cirit-birit. Harga biasa Green Fit sekotak adalah RM75 (ada 15 paket) & percuma sebuah 'shaker'...


Namun Sekiranya anda membeli 3 kotak, anda layak menjadi ahli.. dan menikmati harga ahli walaupun hanya membeli 1 kotak sahaja untuk pembelian yang seterusnya.. :)

Jadilah pengguna yang bijak.. :)

No comments:

Post a Comment

Jom Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...