WELCOME

Persahabatan Kita

Daisypath Friendship tickers

Followers

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha..



Pengenalan Ibadah Korban
"Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Taala"
(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu al-Masail, Jus 1 : 259).

Syariat Korban
Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah".
(Surah Al-Kauthar : Ayat 2)

Sesungguhnya Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut :

"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah Azawajalla sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripadaNya. Demikian juga ibadah korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah Taala semata-mata, tidak untuk berhala, sebagai tanda kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah SWT kepadamu yang tidak terhingga banyaknya".



Nabi SAW juga telah bersabda yang bermaksud :
"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT daripada Bani Adam AS ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah SWT sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya".
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Hikmah Berkorban
Keistimewaan orang yang berkorban (menunaikan ibadah korban) banyak sekali, Saidina Ali Bin Abi Talib RA telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titisan darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah SWT 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Rabul Jalil sampai hari kiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan
kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment

Jom Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...